♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Ahad, 12 Oktober 2014

mimpi


aku bangun pagi ni
aku toleh tepi
aklihat ada bantal yang tak berpenghuni

aku teruskan hari
aku berbicara
bercerita itu dan ini
tapi dia tetap menyepi

aku terus mencari
di mana dia bersembunyi
tapi tak kutemui

aku tersedar dari mimpi
aku rupanya BERSENDIRI

#nf

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hari Bahagia Aku



Perempuan itu
duduk disitu 
bersarung baju kelabu
dihias didandan tak seperti selalu
bersedia memegang status yang baru

Perempuan itu
memandang jauh disana
menunggu si lelaki memulakan bicara
bicara terpenting dalam bercinta.

dan 

Perempuan itu
kini menjadi milik si dia
kini punyai teman ke syurga sana.

-nf
-16 September 2014



Khamis, 7 Ogos 2014

Aku

Aku Ingin jadi Pemuisi
Yg bukan Hanya berbicara dalam hati.

Aku Ingin jadi Pemuisi
Yang bukan menyimpan sepi sendiri.

Rabu, 6 Ogos 2014

Masih

Aku
Masih disini
Ditepi hati kamu
Cuba Kau toleh kiri
Aku Ada dibahu mu

Seperti selalu
Membebel Tanpa jemu
Tapi kekadang merajuk mengalahkan hantu

Eh,
Itu aku.

Aku yang perlu kamu.

Ahad, 6 Julai 2014

Belum

retak
belum rabak

luluh
belum runtuh

kelu
belum berlalu

resah
belum terpisah

sepi
belum pergi

#nf