♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Rabu, 31 Oktober 2012

Tips Bila Lelaki Merajuk


Main Bila Lelaki Merajuk
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya. Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk.
Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.
Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.
Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.
Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.
Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.
Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.

Selasa, 30 Oktober 2012

Butterfly

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Read more: http://buzzera.blogspot.com/2009/01/lirik-lagu-butterfly-melly-goeslow-ft.html#ixzz2AlOKSpBt

Isnin, 29 Oktober 2012

Start!



you don't have to be GREAT to START but you have to START to be GREAT

Khamis, 11 Oktober 2012

I love SEA :)




Photo captured by my Nikon D90.

Selasa, 9 Oktober 2012

Biar



biar.

biar jalan ini perih
biar badan ini bercalar beribu
biar hati ini tertikam sembilu
oh tidak
biar ia tertikam batu
agar aku lebih sakit
agar aku lebih tersepit
dan
agar aku lebih rasa
tangis itu
biar aku lebih sedih
dan merintih.

biar.

biar aku terus berlari
mencari jalan yang aku tak tahu
apatah lagi hala tuju
biar aku mencari pendamai hati.
yang tak pernah kutemui.
biar aku terus menjadi
perempuan kebal hati

biar.

jangan sesekali kau
berani mendekati

perempuan ini.

dan biar.

aku menyendiri.

by : Nea Flerida