♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Ahad, 16 Disember 2012

dinihari ini



sayang
sela dinihari ini
aku melangkah pergi
aku campak jauh segala persepsi
aku pergi bersama serbaneka kekejaman
dan jangan kau risau aku pergi berseorangan
tak da teman mahupun lawan buat panduan 
semoga deruman kekhilafan mengiringi perjalanan
agar aku tersesat dalam melodrama kegagalan.

-Nf

Isnin, 10 Disember 2012

Rasa ini. Eh bukan, RASA ITU.

rasa.
mudah percaya
pada penggubah bicara
sehingga terpesona
hanya pada kata-kata
padahal ianya dusta
penambah perasa
pemanis bahasa
sedarlah wahai jiwa
ia semua mainan belaka.

-Nf 

Khamis, 6 Disember 2012

Noktah


terhenti aku di persimpangan koma
menanti bait-bait indah
tanpa kepastian nyata
dan akhirnya
aku kecewa

berlalu aku pada noktah
bukan pencarian penghujng
bukan juga buat hembusan nafas kekalahan
ku pingin istirehat cuma.

tak sangka masih ada madah selanjutnya
yang tak sikit pon aku gabra
kerna aku sudah bisa jangka
mainan jiwa

barangkali
ianya sandiwara
penutup sebuah cerita.

-Nf.




Selasa, 13 November 2012

Itu aku.


Dah lama tak upload gambar sendiri.



haha. mood bosan gilee

Jumaat, 2 November 2012

terus dan terjerlus


jalan ini
perjalanan lurus
atau sesuatu yang halus
salahkah aku menjadi tulus?
haruskah aku terus?
menuju atau menjurus.
dan kau tahu. 
aku kini terjerlus.

-NF

Rabu, 31 Oktober 2012

Tips Bila Lelaki Merajuk


Main Bila Lelaki Merajuk
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya. Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk.
Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.
Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.
Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.
Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.
Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.
Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.

Selasa, 30 Oktober 2012

Butterfly

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Read more: http://buzzera.blogspot.com/2009/01/lirik-lagu-butterfly-melly-goeslow-ft.html#ixzz2AlOKSpBt

Isnin, 29 Oktober 2012

Start!



you don't have to be GREAT to START but you have to START to be GREAT

Khamis, 11 Oktober 2012

I love SEA :)




Photo captured by my Nikon D90.

Selasa, 9 Oktober 2012

Biar



biar.

biar jalan ini perih
biar badan ini bercalar beribu
biar hati ini tertikam sembilu
oh tidak
biar ia tertikam batu
agar aku lebih sakit
agar aku lebih tersepit
dan
agar aku lebih rasa
tangis itu
biar aku lebih sedih
dan merintih.

biar.

biar aku terus berlari
mencari jalan yang aku tak tahu
apatah lagi hala tuju
biar aku mencari pendamai hati.
yang tak pernah kutemui.
biar aku terus menjadi
perempuan kebal hati

biar.

jangan sesekali kau
berani mendekati

perempuan ini.

dan biar.

aku menyendiri.

by : Nea Flerida

Jumaat, 31 Ogos 2012

Salam Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin

by Nea Flerida.

info gambar :
Langit pagi 1 Syawal.
Cantik sangat.
SubhanAllah.

Ahad, 5 Ogos 2012

KONON

soal hati
mengapa mudah dilupakan lunak
adakah sudah habis segala serak
mungkinkah kau terlalu mudah
membina hati tanpa payah
mengusung rindu tanpa susah
KONON
kau perwira
johan dalam bercinta

kau ulang kata
pelbagai perkara
KONON
dialah segalanya
dialah wanita teristimewa
geli aku pada bicara
sang KONON pencinta wanita

parah!
aku meneliti segenap kekosongan
ada saja pipit berterbangan
merintih menyedih
mengenang nasib diri
membawa diri tanpa tujuan
pergi tanpa seinci kekuatan

mengapa mudah kau biarkan mereka
berterbangan bersama sayap yang patah
adakah sudah hilang segala keindahan?
yang kau sendiri musnahkan!

kemana pergi kePERWIRAan yang KONON kau miliki.?

by : Nea Flerida

Rabu, 1 Ogos 2012

Khasiat Betik

 

Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan C (isi), juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:


1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.


2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.


3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.


4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

Jumaat, 6 Julai 2012

Ah!

 

mudah!

bilangnya dunia tak tahu,

parah!

konon takda yang merindu,

payah!

berlakon seperti seorang pemalu,

menyampah!

aku pada omonganmu.

 

Isnin, 2 Julai 2012

gagahi jua


dan aku
terus melangkah
aku harus menuju
tanpa menunggu

aku bukan meminta
apa lagi mencinta
aku juga bukan berharap
kerna takut aku sendiri yang tertiarap.




Khamis, 21 Jun 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #11


Tuhan, dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapat kugagahi
dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan, dosaku mengunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan Rahmatmu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersykur

Ahad, 17 Jun 2012

Semester Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai. Selamat jejakkan kaki ke bumi Johor nie. Alhamdulillah dah masuk semester 6 pon. Lagi dua sem lagi je. pastu korang2 dah boleh panggil den teacer nea. sangat tak sabar! okey ;) dan Alhamdulillah jugak masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan beribadah. Syukur.

jadual sem baru.

** macam tak best. tapi redha je lah ;)

serba sedikit NAK dan TAK NAK untuk sem baru.

-tak nak tidur petang yang lelama sampai bangun2 kepala jadi pusing.
-nak tumpu dalam kelas.
-nak kurus.
-nak riadah 2 hari sekali.
-nak tingkatkan ibadah.
-tak nak pikir-pikir benda negatif

bilik saya.


tengah gigih kemaskan bilik.

 okey. till then. doakan semuanya berjalan lancar. InsyaAlah. :)




Rabu, 6 Jun 2012

Selasa, 5 Jun 2012

Puteri Itu


InsyaAllah duhai Puteri,
Putik-putik muslimah mithali
pasti akan berputik kembali
Kembalilah duhai Puteri.

Hentikan kedukaan ini.

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada Muslimat


Khamis, 26 April 2012

bukan kekasih jiwa

hembusan angin menyapa
bagai tahu gelora jiwa
hening pagi seolah hampa
mentari bagai tak muncul jua

ombak beralun tenang
setenang hati yang bahagia
tetiba guruh bedentum menerpa penduduk bumi
ohh aku terkesima
berlari mencari peneduh
menyelamatkan diri dari ancaman langit

sinar mata itu ku kenal
selalu sahaja meluahkan rasa cinta
rentak kaki itu sudah ku hafal
sering datang tepat pada masa
tatkala aku memerlu,
tatkala aku mencari.
tak pernah menganggapku sebagai kekasih jiwa
tetapi aku dibagaikan satu amanah.

walau terjal berliku
walau perih selalu mengganggu.
kasih mu buka pintu kalbu ku.
dan kita akan terus menunggu.
saat itu.
dengan Redha Tuhanmu.



Rabu, 25 April 2012

kerana cinta harus memilih

"cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemlik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat didunia mahupun diakhirat. Maka cinta yang seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan"


"Adapun cinta yang tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan cinta semacam ini adalah sumber penderitaan duka-lara"



Khamis, 19 April 2012

Isnin, 16 April 2012

Hari ini Hari Jadi aku

Hari ini Hari Jadi aku -Versi Lambat Publish.


14 APRIL 2012

hari ini.
hari jadi aku.

hari jadi yang ke dua puluh dua
tak ada yang istimewa.
tak ada yang sesempurna mana
aku jalani hari ini seperti hari biasa.

aku tetap bersyukur, Alhamdulillah.
kerana aku bisa lagi mengucap Syahadah
aku bisa lagi menjejak bumi Allah
aku bisa lagi bertaubat.
aku bisa lagi bersujud.
aku bisa lagi berusaha mengejar Syurga Dia.
aku bisa lagi berbakti pada MamaAbah



Happy Birthday Nea Flerida. :)

Rabu, 28 Mac 2012

currently









yes, he doesn't love me anymore.

Jumaat, 23 Mac 2012

Sabtu, 17 Mac 2012

bahagia ini



bahagia
datang menerpa
tak aku sapa
apa lagi menduga

bahagia
buat aku teruja
buat aku tertawa
juga buat aku rasa
hati ini ada yang punya

bahagia
tak pernah ku jangka
walau kelihatan aku seperti insan biasa
tapi aku redha

untuk melakar sebuah perjalan hidup,

yang aku sendiri gelar

Bahagia Ini.

Selasa, 6 Mac 2012

Ahad, 4 Mac 2012

kisah hati


kisah hati
kekadang tersenyum sendiri
terkenang tika bunga sedang berseri
bersama-sama melihat pelangi
masing-masing berlari
mengejar sana sini
tertawa tanpa senokhtah sepi
ohh bagai dunia kita yang kuasai
damai milik hati

kisah hati
terkenang tika datang dan pergi
saat terasa hati dikasari
saat terasa pedih nurani
tangis sendiri
seolah mimpi diganggu siang
keriangan yang dimiliki tiba-tiba dicantas
terkedu langkah
terhenti disini.

kisah hati.
hanya Maha Esa yang punyai.
pasrahlah hadapi
syukurlah nikmat yang diberi

kisah hati.
tak senantiasa indah.
tak juga selalu gundah
jangan menyerah
jangan mengalah
senyumlah pada dunia
kerna kita bisa merasa

erti suka duka.

Sabtu, 3 Mac 2012

promise.



please don't give up on me.

Ahad, 26 Februari 2012

Teman TawaSepi

Pernah aku gelar kau teman tawasepi.
pernah juga aku anggap kita satu hati.




datang dan pergi
seperti dunia kau yang kuasai
masihkah ada saki baki
untuk mengasihi
buat kisah ini?


malam ku kelam
disapa gerimis sinis
aku tak tangis
apa lagi menagih


aku bunga yang  tak segar
tapi aku kembang tak kan layu
hanya kerna cereka hitam kita


apatah lagi hendak gugur
hanya kerna halilintar yang datang tak diduga


kerna aku sudah lali
dan ini aku paling pasti
perasaan aku sudah pergi
berlalu dan tak akan kembali
buat kau yang pernah aku kasihani


satu tika dulu.
dan BUKAN kini.


aku bukan meleraikan ukhwah yang pencipta beri
aku cuma menjaga hati dari disakiti buat yang ke sekian kali.


Sabtu, 25 Februari 2012

Positive




God only gives you what he 
knows you can handle. 

So if life seems hard, remember that God knows you are strong enough to get through it.

Khamis, 23 Februari 2012

Won Third Prize Adorable Muslimah Loves Blog

Assalamulaikum.

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya lagi. Kali nie saya menang tempat ketiga Contest Adorable Muslimah Loves Blog.

Kalau tak ingat boleh ke entry ini. Entry nie adalah entry untuk contest AM Loves Blog. Alhamdulillah hadiah dah selamat sampai dan dah selamat pakai pon. haha ;P

nie la hadiah yang saya menang. dapat Victoria Secret Body Mist yang amat wangii. rasa macam semua orang tengok kita sebab kita wangi sangat. Then, Dapat Lip Gloss Victoria Secret yang rasa macam nak makan2 je bila pakai sebab sedap sangat n lastly dapat voucher Rm20. Voucher tu telah saya tebus dengan tudung 4 segi yang comey n rasa macam sangat2 anggun bila pakai tudung nie. ok hiperbola. haha. xda orang puji so kita puji diri sendiri ok. =P


nie la haaa gmbar pakai tudung tu. Hari nie dapat esok terus pakai. memang ciwi.(bahasa Kedah) Haha :P


Jom la kawan2 shopping dekat Adorable Muslimah. Macam2 ada kat sana. Berkualiti dan Terkini :)


ok, Lastly, Terima Kasih Sangat buat Adorable Muslimah atas contest dan hadiah yang awesome ini.

Be style.chic.Modest dengan Adorable Muslimah! ^_^


Till then. Wassalam.

Rabu, 22 Februari 2012

Wordless Wednesday #10




currently wallpaper.

Berdua Bersatu


Jika denganmu salah.
ku tak mahu yang benar.
Jika denganmu rebah.
Biarlah ku tercalar.
Jika denganmu kabur.
Ku tak mahu yang jelas.


Khamis, 16 Februari 2012

Alhamdulillah Kemenangan Awal Tahun Baru. Apple Ipod Touch.

Assalamualaikum readers.

Alhamdulillah first time menang hadiah hebat2 gini. Awal thun hr tu nil ada join contest I Love Stabilo Bonanza.
cuma beli pen yang harga RM4.99 je. n cuma hantar 1 penyertaan je. xsangka tuah menyebelahi saya. Alhamdulillah :) memang terkejut sangat dapat email tahniah dari stabilo.

ni antara gambar masa penyampaian hadiah hari tu.



haah selain ipod dapat jugak barangan2 stabilo banyak gile dalam paper bag tu. fulll paper bag tu. macam2 pen dyaorg bagi. tapi saya dah sedekah dan bahagi2 kan kepada orang2 tertentu yg terlibat. hehe

oh yaa, Masa contest tu. pemenang pertama dapat Iphone, Kedua dapat Ipad n ketiga dapat Ipod(saya la tu). saguhati plak dapat ipod shuffle. contest nie dilansungkan selama 4 siri. n saya pemenang ke 3 bagi siri 4. Alhamdulillah ada rezeki kat situ. :))

tahniah jugak kepada pemnang2 yang lain.

ni la haa gambar ipod putih yang saya dapat. gojeshh gilos kan ;))


thanks sangat buat 2 insan kesayangan saya nie.
along n banglong. sudi layan kerenah2 contest saya. ;))
lepas satu. satu tempat pegi nak kutip hadiah contest.. hehe


bawah nie plak muka budak hepyy dapat IPOD. tapi sekarang ipod ni pon dah dijual. 
saja malas nk bw banyak2. dengan henpon lagi ada dua bijik. xmuat poket nant. hajat nak beli iphone je terus. tapi xtahu lagi tahun bila. ;)

seronok sangat kalau dapat free je. hee Amin :))


till then. Thanks all <3

Ahad, 12 Februari 2012

Childhood Memories.


I miss us. I mean the OLD us.

:')

Sabtu, 21 Januari 2012

Adorable Muslimah Pilihan No 1

Assalamualaikum wbt :)

Kawan-kawan, korang penah shopping kat Adorable Muslimah x?

Memang Awesome sangat On9 Shop nie taww!



ada apa kat Adorable Muslimah sebenarnya ni??

haa tengok bawah nie! KORANG KLIK Adorable Muslimah then pergi kat bahagian Categories.
and korang boleh pilih apa yang korang nak!

macam-macam ada tau! :)


takut xda berkualiti?? Jangan risau!

Cantik barangan menjadi tarikan,
Jangan risau material tak berkualiti,
Adorable Muslimah telah menjanjikan,
Fashion Muslimah berkualiti tinggi.

haaa :) Adorable Muslimah hanya menggunakan material yang berkualiti setanding harga.

Tudung terkini,
Gaya terbaru,
Kita serbu!!!!!

Lush Crown Scarf - SLY37 DarkBlue


Berkualiti tinggi,
Cantik designnya,
Jom lah beli,
Jangan tengok saja!! :D

Hester Dress - DAS05 Orange

Suzue Blouse - LY80 Red

Qayla Baju Kurung - BK01 Pink

Bella Skirt- BNV01 Grey

Dari tudung ke pakaian,
Ingin pula mencari aksesori,
jangan malu jangan segan
Di Adorable Muslimah semuanya pasti!!!

Coach Khaki Signature Tote Handbag - Copper Brown

Woven Duo Belt - PWB04 Dark Blue


jom2! klik banner bawah nie kalau korang memang sedang tercari-cari blogshop yang terlebih awesome nie! Pasti tak rugi :)


JOM!!

Dapatkan Blaus dan Pakaian Muslimah yang cantik dan sopan di www.adorablemuslimah.com
 
Dapatkan juga barangan Victoria's Secret dan Handbag COACH di www.adorablemuslimah.com
 
Be style.chic.Modest dengan Adorable Muslimah! ^_^

:)

♥ Diary Usang Nil ♥