♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Selasa, 29 November 2011

Ahad, 16 Oktober 2011

YA ALLAH,




jika AKU BUKAN PEMILIK TULANG RUSUKNYA, jangan biarkan AKU MERINDUKAN KEHADIRANNYA, jangan biarkan AKU MELABUHKAN HATIKU DIHATINYA, KIKISLAH PESONANYA dari PELUPUK MATAKU dan JAUHKANLAH DIA dari RELUNG HATIKU.
AMIN !!

Khamis, 8 September 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #8


Percaya Padaku-Ungu


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Khamis, 1 September 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #7



a TEAR is made of 1% water and
99% FEELINGS


Rabu, 31 Ogos 2011

girls tears


girls tear only seem to fall when them don't know
what they're gonna do to try to be happy

they cry cause they are fighting against
those feelings that are telling them to let go
but knowing that if they let go
they might regret it
and they're just trying to figure out
what's going to happen
if they keep holding on
and if they're willing to go through
with all the pain that's needed
just to keep fighting

Wordless Wednesday #8


Tumblr_lmhxle05hc1qfjmsao1_500_large


Sabtu, 27 Ogos 2011

Jumaat, 19 Ogos 2011

Berbuka Puasa Bersama Sahabat Versi 1

Isnin. 15 Ogos.

:)

layan gambar jom..


khusyuknya makan..

kfc bagi makanan dalam polistren? keh3 :P


dia nie pon nak interprem jugak!


berangan2 nak jadi heroin. keh3. tak tengok pon cita nie. saje xda keja amik2 gambar kat sini =)


okey =) last! 


bubye :)

Rabu, 17 Ogos 2011

Khamis, 11 Ogos 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #6



dedaunan menyapa,
debunga menjelma,
kalbu terdetik rasa bahagia,
membuatkan aku terkesima,
hati mula tertanya,
adakah ini yang dikatakan CINTA?


Khamis, 28 Julai 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #5



IF I HAD A FLOWER FOR EVERY TIME YOU MADE ME SMILE AND LAUGH, 
I'LL HAVE A GARDEN TO WALK IN FOREVER



Jumaat, 22 Julai 2011

Dapat hadiah craft yang comel2 sangat.


salam kawan2, sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan anda-anda semua :)
nil ada menang sesuatu tau hari nie!


* jom shopatmikylayna *


nil merupakan orang yang ke 2000 like page mikylayna kat facebook(http://www.facebook.com/mikylayna). sebenarnya dah tahu sejak owner  mikylayna update kt blog lagi. nil cuma tunggu masa dan saat untuk jadi yang bertuah jer. Alhamdulillah rezeki itu untuk nil =)

ni la hadiah2 yang bakal nil dapat.







cantik2 kan. xsabar nak tunggu hadiah nie sampai. hehe. untuk pengetahuan korang benda2 comel kat atas nie boleh digaya kan sebagai klip rambut mahupun brooch.

korang2 kalau nak tengok n nak tempah barangan craft yang sangat2 cute boleh klik sini atau banner  atas sekali tu tau!

Thanks Again  Mikylayna.

Rabu, 20 Julai 2011

My Heart


Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu
Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita
Bila kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang
If u love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn’t risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart
-Irwansyah ft. Acha

Selasa, 19 Julai 2011

19.07.2011



Dah masuk 5 Tahun sayang.

Semoga hubungan kita bertambah kukuh dan berpanjangan.

Amin :)

Coupon McDonald Free. Sape nak ?


Salam all :) 


korang watpe? shat x? saje je kan, tiba-tiba terasa nak bagi kupon free kat follower. hehe =P
Sapa nak angkat tangan patt.! waa ramainya angkat. keh3.

ok mula2 kita layan gambar-gambar yang korang boleh makan dengan kupon nie dulu yer.


ni namanya doublecheese burger yer kawan2 :)


nyum3 :)

okeyh nie kupon nya


keh3. ni bukan dari nil. nie dari mcd. hahaa. korang kena tipu. keh3.

ok sape2 yang belom cepat pegi tambah lemak dengan benda2 alah nie. I suka sangat bnda2 buy 1 free 1 nie! korang boleh print kupon tu pastu g tayang kt cashier k. Hitam putih pon boleh! weee :D

Ahad, 17 Julai 2011

Ambil dadah ketika cikgu mengajar

YAN : Ketika guru sedang sibuk mengajar, seorang pelajar lelaki dengan selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pelajar tingkatan dua itu akhirnya ‘kantoi’ apabila guru terbabit dapat mengesan sikap peliknya yang ketika itu sedang khayal dalam kelas itu.

Hasil pemeriksaan, guru itu menjumpai beberapa biji pil khayal jenis Nospan di dalam beg sekolah pelajar terbabit sebelum memaklumkan kepada pengurusan sekolah yang melaporkannya kepada polis. Jurucakap polis ketika dihubungi, berkata, pelajar itu dipercayai mendapatkan bekalan pil khayal itu daripada beberapa pengedar yang bergiat cergas di bandar ini.
“Siasatan mendapati guru terbabit menemui beberapa biji pil khayal jenis Nospan dalam beg sekolah pelajar itu, yang dikatakan antara pelajar bermasalah dan sering mengambil pil khayal ketika dalam kelas.

“Sejurus menerima laporan itu, anggota polis bergegas ke sekolah itu dan membawa pelajar itu untuk menjalani ujian air kencing,” katanya.

Beliau berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.
Katanya, pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian air kencing.

“Difahamkan, pil khayal itu dijual dengan harga antara RM1 hingga RM2 sebiji sehingga menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah,” katanya.


notakaki : Astagfirullahalzim, semakin hebat tugas cikgu. Bersediakan aku?? 

Khamis, 14 Julai 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #3





"i don't know how to be something you miss"



Isnin, 11 Julai 2011

1st GA from Beautiful Magic


klik link dibawah untuk join :)



Pada pendapat saya,membeli belah di internet adalah satu kaedah yang digemari ramai kerana 3 sebab utama iaitu : Cepat, Pantas dan Mudah!

tag :

Tarikh tutup :
15 julai 2011 tepat pukul 11.59malam.

Ahad, 10 Julai 2011

Kuar nak tengok wayang free.. Tapi xkesampaian..

Salam all :)




tadi petang nil kuar nak tengok wayang. Sebab dapat tiket free dari Kak Deqlis

tapi......






bersambung.....

nil nak solat2, rehat2 dlu.. pasnih nil ceritakan kisahnya.. heheh

dah Malam

tidur jom :)

gud nite all!

Sabtu, 9 Julai 2011

"Birthday GA Adridiana 10th dah"

salam all :)

jom join ga nie.dianjurkan oleh :

http://duniaanita74.blogspot.com

klik banner dibawah untuk join.



Hari Ini Untuk BERSIH

Assalamualaikum wbt ,,

Selamat Pagi semua :) eh2, dah tengahari la.

 Korang wat apa? Jom BERSIH nak? biarlah apa orang nak cakap, orang nak kata, tapi saya tetap dengan niat saya. (!) haa, ada tanda seru bagai. :P
okeyh hari ni hari sabtu bersamaan dengan 9 Julai saya akan khaskan hari saya untuk BERSIH. Sapa cakap BERSIH haram? mana ada (!) BERSIH adalah satu amalan mulia. Hari ni saya akan memBERSIH kan bilik yang dan seminggu tak diupdate. saya juga akan turut memBERSIHkan baju2 yang semakin bertimbun.

Sapa nak join saya g BERSIH? Maksud saya, g BERSIHkan benda2 alah tu. hehe :D

agak2 selepas BERSIHkan bilik, ada x rupa mcam nie? hehe



whoaa ;D bestlah kalau rupa macam nie.

Jumaat, 8 Julai 2011

Rintihan Jiwa


Keliru aku pada dunia.
mengapa perlu bercerekarama
padahal kau tahu dunia ini fana

aku terus keliru
dan hidup aku terus dibelengu

ada kau tahu,
tentang rintihan jiwaku?

aku kecewa
aku terluka

kerna aku menunggu bulan jatuh keriba
aku menunggu hujan emas yang dikata2
aku menanti bintang muncul hanya untuk kita

aku terlalu banyak

membina impian
kononnya aku lah puteri idaman

tapi kini
aku sendiri
menyedari kesilapan dalam sepi..

Khamis, 7 Julai 2011

Resah kereta sering dipecah



TERANCAM...kenderaan yang diparkir di kawasan Mentari Court sering dijadikan sasaran pencuri.


PETALING JAYA: Penghuni di kawasan Mentari Court, di sini, resah dan bimbang apabila kenderaan yang diparkir sering menjadi sasaran pecah masuk dan kecurian sejak setahun lalu.
Penduduk mendakwa hampir setiap minggu kejadian itu berlaku menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.


Penduduk, Hasliza Abdullah, 25, berkata sejak mendiami Apartmen Mentari Court setahun lalu, sudah dua kali keretanya dipecah masuk dan mengalami kerugian hampir RM2,000.
“Sasaran mereka mencari kereta yang diletakkan di kawasan yang agak jauh dari apartmen. Mereka membuka kenderaan tanpa kedengaran bunyi penggera, namun ada juga cermin kereta dipecah kerana mereka mahu mengambil barangan berharga.


“Bulan lalu, kali kedua kereta saya dipecah masuk dan kehilangan beberapa wang tunai dan radio. Bukan itu saja, cermin kereta turut dipecahkan,” katanya.


Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk mendakwa kehadiran warga asing yang semakin padat di situ menjadi punca kes kecurian sering berlaku selain kesesakan kereta yang diparkir sepanjang jalan menyebabkan mereka sukar menyedari kehadiran pencuri.
Pekerja swasta, Amir Hamzah, 35, berharap pihak berkuasa lebih kerap menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan kerana sejak kawasan itu dihuni warga asing dari Indonesia dan Afrika, kejadian kes pecah masuk dan kecurian kenderaan kerap berlaku.


“Bukan hanya pecah masuk kenderaan di sini, namun lebih membimbangkan rumah dijadikan sasaran pencuri yang mahu melarikan beberapa barangan berharga.
“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, tetapi mengesyaki golongan ini kerana mereka sering berkeliaran di kawasan hadapan rumah terutama pada waktu malam,” katanya.


Menurutnya, walaupun menyedari terdedah kepada risiko kecurian, penduduk tiada pilihan kerana kawasan itu menjadi tempat mereka meletakkan kenderaan berikutan kekurangan parkir.

SPONTANEOUS THURSDAY #2




 i'm glad i have you right here, right now..



Selasa, 5 Julai 2011

Berhenti kerja kerana dipaksa pakai mekap



LONDON - Seorang gadis berusia 24 tahun, Melanie Stark (gambar) meletakkan jawatan sebagai pembantu jualan di gedung beli-belah Harrods di Knightsbridge kerana dia dipaksa memakai mekap jika mahu terus bekerja, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia diarah pulang dari gedung tersebut selepas tidak mematuhi peraturan yang mahu pekerja wanita memakai mekap.
"Saya mengetahui bentuk wajah saya jika saya memakai mekap. Saya pernah menggunakan mekap suatu masa dahulu walaupun saya tidak memakai alat solek di tempat kerja.
"Namun, saya tidak tahu kenapa pada zaman ini, Harrods boleh mengambil hak saya untuk memilih memakai mekap atau tidak," kata Melanie.
Bagaimanapun, seorang jurucakap Harrods menyatakan semua kakitangannya tertakluk pada peraturan pakaian semasa mereka menandatangni perjanjian untuk bekerja dengan gedung itu. - Agensi
notakakituanbelog : Macam2 :P

Ahad, 3 Julai 2011

First Time Pegang Stereng

Salam semua :)

Bersamaan dengan 3 Julai pukul 5 petang tadi merupakan kali pertama dalam sejarah hidup ni, nil pegang setreng kereta. Bukan pegang je tau! memang bawa kereta! hahaha. gelak cepat! umur  dah 21 baru nak pegang sterteng kereta.


yerrr. tadi nil pegi latihan memandu. Nil pegi latihan tu dengan 0. xpenah belajar bawa kereta pon sebelum nieh. Memang nebes yang amat lah!! Nasib baik pak cik pusat memandu yang ajar nil tu baik ;)

Mula2 nak tekan clutch masuk gear n then tekan minyak tu.. Nil dok pikir aduhhh boleh ke aku nieh! Nasib baik :) berjalan lancar. Xde la lncr sangat pon. hehhe, Tapi xde la teruk sangat. Nil akan belajar sedikit demi sedikit lagi. InsyaAllah nanti pro. haha ;D

tapi masa bawak kereta tu.. walaupun kereta tu ber aircond tapi nil berpeluh-peluh. muahaha. biasalah kan orang pestime bawak.

then pas balik darti institut memandu tu  nil pegi bpmall untuk sembahyang n beli barang. Nak tahu nil beli apa?
nil beli Eye Liner Elianto. Sape penah pakai?? best tak?? saje nak try sebab xpenah try lagi eye liner brand nieh..
nant bila nil dah pakai nil wat review pasal eye liner tu kat sini k :) InsyaAllah

daaaaa~ nak tidur dah. Fennaaat (-_-')

Sabtu, 2 Julai 2011

Menang Shawl Exclusive Worth Rm60 Sehelai



Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat kawan-kawan blogger..


Beru selesai aktiviti Larian 1 Malaysia n Gotong Royong peringkat IPG. Alhamdulillah lepas balik terus buka laptop dan facebook n ternampak berita nie :)


actually nil ada join contest di Facebook yang dianjurkan oleh  http://shawlcantikshop.blogspot.com/.


Alhamdulillah nil menang tempat utama dan shawlnya sangat lah cantik! ;) Hadiah untuk tempat pertama adalah seperti dibawah :



dan



Alhamdullilah seronok sangat. Letih-letih gotong royong tadi pun dah hilang sekarang... =) 


korang nak tengok shawl-shawl yang cantik2 boleh klik sini tau! 

Jumaat, 1 Julai 2011

Rumah2 Pelik


Salam hari jumaat semua :)

sihat tak anda semua hari nie?
nil tak sihat tau. tadi nil gi klinik sebab sakit nie.

pastu dapat la 2,3 jenis ubat. Semoga pas makan ubat nie sakit nil berkurang Amin :)

oh ya! ce korang tengok gambar2 bawah nie! smartt an?

1. Umah terbalik. woaaah! xpenah ku tengok design umah terbalik nie.

2. Umah kasut. Umah sape la nie..


3.  Ni umah apa ntah. jet eh? tapi mcm best kan.


4. Nie lagi Unik. cmne la nak dok ats umah nie.


5. Wahh strawberry. Comeyl je!


6. Yang nie series smart!


7. Umah kereta.


macam-macam kan orang sekarang ;) korang nak yang mana 1? nil pilih umah piano. hehe

Khamis, 30 Jun 2011

Gigi Bongsu



Wisdom ToothLatar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik. 

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin. 
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang : 
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan. 
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.


notekakineaflerida : saya sedang mengalami masalah ini. tsssk. T_T

♥ Diary Usang Nil ♥