♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Selasa, 26 Januari 2010

PETUA-PETUA TRADISIONAL

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :


1. Dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja.
2. Campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut.
3. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja).
4. Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda.
5. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala.
6.Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.


Petua menghaluskan dan menanggalkan daki di badan

1. Dapatkan
daun sirih dan beras
2. Blend segenggam beras sehingga halus.
3. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
4. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
5. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan.
6.Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.
7.Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua Mengurangkan mata sembab.

1. Dapatkan potongan ubi kentang segar.
2. Letakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

Petua untuk menghilangkan parut.

1. mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun.
2. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya.
3.
Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan.

Petua Merawat Kulit Muka Yang Kering

1. Tumbuk lumat beberapa kelopak kubis.
2. Kemudian campurkan kubis tadi bersama dengan sedikit madu.
3. Setelah itu sapukan ramuan ini ke muka pada setiap pagi dan petang sejam sebelum mandi.
4.Amalkan petua ini selama seminggu sebelum anda nikmati hasilnya

Tiada ulasan: