♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Sabtu, 17 Mac 2012

bahagia ini



bahagia
datang menerpa
tak aku sapa
apa lagi menduga

bahagia
buat aku teruja
buat aku tertawa
juga buat aku rasa
hati ini ada yang punya

bahagia
tak pernah ku jangka
walau kelihatan aku seperti insan biasa
tapi aku redha

untuk melakar sebuah perjalan hidup,

yang aku sendiri gelar

Bahagia Ini.

5 ulasan:

cahayaMata berkata...

bahagia hadir tika hati terasa cinta...
bahagia itu satu rasa...

bila kau hargai rasa itu..pasti kau mensyukurinya...


p/s: terus untuk bahagia :)

nEa FleriDa / nIL berkata...

aku cuba
hingga hati tercalar dek duri duka

tapi aku tetap berlumba

demi bahagia.

p/s: semoga kau begitu jua :D

ishiko berkata...

bahagia kadangkadang hanya sementara,
bersykur sebab punyai peluang untuk merasainya
^^,

nEa FleriDa / nIL berkata...

Alhamdulillah. Praise to Allah :)

kai berkata...

bahagia membuatkan kita rasa umpama kita di awangan...