♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Ahad, 5 Ogos 2012

KONON

soal hati
mengapa mudah dilupakan lunak
adakah sudah habis segala serak
mungkinkah kau terlalu mudah
membina hati tanpa payah
mengusung rindu tanpa susah
KONON
kau perwira
johan dalam bercinta

kau ulang kata
pelbagai perkara
KONON
dialah segalanya
dialah wanita teristimewa
geli aku pada bicara
sang KONON pencinta wanita

parah!
aku meneliti segenap kekosongan
ada saja pipit berterbangan
merintih menyedih
mengenang nasib diri
membawa diri tanpa tujuan
pergi tanpa seinci kekuatan

mengapa mudah kau biarkan mereka
berterbangan bersama sayap yang patah
adakah sudah hilang segala keindahan?
yang kau sendiri musnahkan!

kemana pergi kePERWIRAan yang KONON kau miliki.?

by : Nea Flerida

1 ulasan:

~AiMi SyAhiRAh~ berkata...

Pandai mengarang.:) Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.