♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Memaparkan catatan dengan label muHasabah dIrI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muHasabah dIrI. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Perkongsian Hujung Minggu =)





Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak." - [HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih]




Selasa, 10 Mei 2011

Insan Bergelar Wanita



Ketika ALLAH menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa..
ALLAH membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia..
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan..

ALLAH memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya..

ALLAH memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah..
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..

ALLAH memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan..
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..

ALLAH memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya..
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya..

ALLAH memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya..
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu..

Dan akhirnya, ALLAH memberinya air mata untuk dititiskan..
dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya..
susuk yang ia tampilkan..
atau bagaimana ia menyisir rambutnya..

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya..
kerana itulah pintu hatinya..
tempat di mana cinta itu ada..

:)

Khamis, 29 Julai 2010

hukum Puasa Selepas Nisfu Syaaban


Assalamualaikum..

sekadar ingin berkongsi ilmu ;)


HARAM DAN TIDAK SAH berpuasa selepas Nisfu Sya'baan dengan beberapa pengecualian
seperti :


1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan



Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan
Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."


Khamis, 23 Julai 2009

Amalan-amalan di bulan Syaaban


Hari ni dh msuk 1 Syaaban.. Cmne bln Rejab ritu? erm.. tpuk dada tnya iman.. =) klu nil.. sdih jgk..xbyk amln yg bt.. puasa sunat pon skit sgt.. hmmm..xthu lh nk jd ap.. hu2.. =( tp xpe kn.. Syaaban msih ad.. erm.. nil ad terbaca kt web mne ntah.. n kt situ ad ckp tntg amln2 dbulan syaaban.. so, sama2 lh kita beramal.. Insya-Allah..

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini perlulah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


*sLmt beribadat dan smga kta bersama2 mndapat keredhaan Allah.