♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Isnin, 6 Mei 2013

Resepi : Spaghetti Cheese Bolognese


Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share satu resepi yang paling mudah dibuat. Tambah-tambah buat orang yang tak pandai masak macam saya. Ops bukan xpandai. Tapi kurang pandai. hehe.

Spaghetti merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Tambah-tambah spaghettii kat Pizza Hut. Wah. Suka sangat! Okey disebabkan asyik teringat-ingat kt spaghetti so saya memaksa mama supaya teman saya pegi beli bahan-bahan nak buat spaghetti.

Satu lagi, saya tak guna pon sos prego dalam spaghettti ni. Tapi saya guna tomato sebenar. 
Lebih sihat bukan? Murah pon murah. hehe

Ok here we go.

The ingredient :



6 biji tomato
3 Packet Vono Mushroom Cheese Instant Soup
Beberapa biji Bola Ayam
Spaghetti
Lobak Merah
Sedikit Lada Hitam
Bawang
CIli


Cara-cara :

1. Rebus spaghetti. Letak minyak supaya tidak melekat.

2. Kisar bawang, tomato, cili dan masukkan air.



3. Potong dadu Lobak merah dan bebola ayam.


4. Kemudian, tumis bawang sehingga naik bau dan tuangkan bahan-bahan yang telah siap di kisar.

5. Masukkan Vono Mushroom Cheese Instant Soup, lada hitam, lobak, bebola ayam dan garam.


 Taraaa.. 


Siap sudah.. Maaflah gambar tak lawa. hehe

Fungsi Vono Mushroom Cheese Instant Soup adalah untuk bagi kuah lebih likat dan rasa mushroom. Pernah terbaca dalam blog lain ada letak Vono Mushroom Cheese Instant Soup nie. So, saja lah nak cuba-cuba. hehe. Dan bagi saya bagus jugak guna raw tomato. Lebih berkhasiat dan tiada bahan pengawet daripada kita beli yang tomato tin kan. 

Okey Selamat mencuba.

Tadaa...


Khamis, 2 Mei 2013

Eh! Make Me Gorgeous Workshop.


Assalamualaikum dan hai semua..

Setelah 5 bulan blog ni terbengkalai. Akhirnya di update jugak. Mak aaai 5 bulan dan nak masuk setengah tahun. Ape malas sangat kau ni? T_T

Okey hari ni saya nak bercerita tentang satu Workshop yang saya pergi.

Workshop ni adalah anjuran dari majalah Eh!.


Make Me Gorgeous Workshop. Oh dengar tajuk workshop pon dah best. Siapa yang tak nak gorgeous? Semuanya bergantung atas diri kita sama ada rajin atau tidak, berani atau tidak dan nak bersusah payah atau pun tidak.

Ok actually saya attend workshop ni bukan sebab nak gorgeous sangat pon. Tapi sebab nak isi masa terluang je. hahaha terluang lah sangat. =p

dan workshop ni diadakan di Renoma Cafe Gallery.



 Gorgeous Mummy.


Kak Julia dan Kak Amy.


Me and Kak Amy



 Dimulakan dengan ucapan oleh wakil dari Magazine Eh!.


And then, sesi penjagaan kulit dari Hada Labo. Macam berkenan dengan product nie. Pernah try sample Lotion Hada Labo dan rasa macam sesuai je dengan kulit saya. Hada Labo ni merupakan produk dari Japan. Sebab tu dekat botol dia smua letak tulisan Jepun. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sal product ni boleh terus ke link https://www.facebook.com/MyHadaLabo dan http://www.hadalabo.com.my.



Okey next, ada sesi solekan oleh product Shizens. Sejujurnya saya tak pernah dengar pom product nie. Tapi, bila dah try product dia rasa macam best jugak. Time ni jurusolek dari Shizens ajar cara-cara penggunaan alat mekap yang betul.




comel je model.












Wajah-wajah selepas mekap. haha. Mekap nipis-nipis je.



Me


Kak Seth


Kak Amy



Me and Kak Amy


Me and Kak Seth




Lepas tu ada rawatan kuku tangan dan kaki dari China Glaze dan Seche.



Selain tu ada dandanan rambut dari L'oreal Professionel dan Gaya trend terkini dari Nichii.
Tak sempat nak ambil gambar time sesi ni.


Sebelum balik, ada cabutan bertuah. Tapi saya tak bertuah pun. :(
Sangat best sesapa yang dapat cabutan bertuah nie sebab dapat goodies bag bernilai RM300.


Selepas cabutan bertuah terdapat sesi pemberian goodies bag kepada semua. Terlupa pula nak snap gambar goodies bag. Dalam tu ada product-product dari sponsor seperti nichi, China Glaze, Shizens, hada Labo dan L'oreal Professionel.


Macam biasa sebelum balik wajib snap-snap gambar.










Sian saya kan tak nampak muka? (-__-")


Haa gambar ni lebih baik.






Okey tadaaa. Semoga berjumpa lagi.


Ahad, 16 Disember 2012

dinihari ini



sayang
sela dinihari ini
aku melangkah pergi
aku campak jauh segala persepsi
aku pergi bersama serbaneka kekejaman
dan jangan kau risau aku pergi berseorangan
tak da teman mahupun lawan buat panduan 
semoga deruman kekhilafan mengiringi perjalanan
agar aku tersesat dalam melodrama kegagalan.

-Nf

Isnin, 10 Disember 2012

Rasa ini. Eh bukan, RASA ITU.

rasa.
mudah percaya
pada penggubah bicara
sehingga terpesona
hanya pada kata-kata
padahal ianya dusta
penambah perasa
pemanis bahasa
sedarlah wahai jiwa
ia semua mainan belaka.

-Nf 

Khamis, 6 Disember 2012

Noktah


terhenti aku di persimpangan koma
menanti bait-bait indah
tanpa kepastian nyata
dan akhirnya
aku kecewa

berlalu aku pada noktah
bukan pencarian penghujng
bukan juga buat hembusan nafas kekalahan
ku pingin istirehat cuma.

tak sangka masih ada madah selanjutnya
yang tak sikit pon aku gabra
kerna aku sudah bisa jangka
mainan jiwa

barangkali
ianya sandiwara
penutup sebuah cerita.

-Nf.