♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Isnin, 6 Mei 2013

Resepi : Spaghetti Cheese Bolognese


Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share satu resepi yang paling mudah dibuat. Tambah-tambah buat orang yang tak pandai masak macam saya. Ops bukan xpandai. Tapi kurang pandai. hehe.

Spaghetti merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Tambah-tambah spaghettii kat Pizza Hut. Wah. Suka sangat! Okey disebabkan asyik teringat-ingat kt spaghetti so saya memaksa mama supaya teman saya pegi beli bahan-bahan nak buat spaghetti.

Satu lagi, saya tak guna pon sos prego dalam spaghettti ni. Tapi saya guna tomato sebenar. 
Lebih sihat bukan? Murah pon murah. hehe

Ok here we go.

The ingredient :



6 biji tomato
3 Packet Vono Mushroom Cheese Instant Soup
Beberapa biji Bola Ayam
Spaghetti
Lobak Merah
Sedikit Lada Hitam
Bawang
CIli


Cara-cara :

1. Rebus spaghetti. Letak minyak supaya tidak melekat.

2. Kisar bawang, tomato, cili dan masukkan air.



3. Potong dadu Lobak merah dan bebola ayam.


4. Kemudian, tumis bawang sehingga naik bau dan tuangkan bahan-bahan yang telah siap di kisar.

5. Masukkan Vono Mushroom Cheese Instant Soup, lada hitam, lobak, bebola ayam dan garam.


 Taraaa.. 


Siap sudah.. Maaflah gambar tak lawa. hehe

Fungsi Vono Mushroom Cheese Instant Soup adalah untuk bagi kuah lebih likat dan rasa mushroom. Pernah terbaca dalam blog lain ada letak Vono Mushroom Cheese Instant Soup nie. So, saja lah nak cuba-cuba. hehe. Dan bagi saya bagus jugak guna raw tomato. Lebih berkhasiat dan tiada bahan pengawet daripada kita beli yang tomato tin kan. 

Okey Selamat mencuba.

Tadaa...


1 ulasan:

Curing Naturally berkata...

dah try, tapi tak menjadi macam gambar... dah jadi DIY version... huhuhu