♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Khamis, 7 Ogos 2014

Aku

Aku Ingin jadi Pemuisi
Yg bukan Hanya berbicara dalam hati.

Aku Ingin jadi Pemuisi
Yang bukan menyimpan sepi sendiri.

Rabu, 6 Ogos 2014

Masih

Aku
Masih disini
Ditepi hati kamu
Cuba Kau toleh kiri
Aku Ada dibahu mu

Seperti selalu
Membebel Tanpa jemu
Tapi kekadang merajuk mengalahkan hantu

Eh,
Itu aku.

Aku yang perlu kamu.

Ahad, 6 Julai 2014

Belum

retak
belum rabak

luluh
belum runtuh

kelu
belum berlalu

resah
belum terpisah

sepi
belum pergi

#nf

Khamis, 9 Mei 2013

Won Consolation Prizes Pappermate


Assalamualaikum semua.

Sebenarnya contest ni dah lama keluar result dan dah lama sampai hadiah. Tapi tak terupdate-update pun. Masa godek-godek gambar kat gallery tadi jumpa gambar ni. So, boleh la buat point update blog kan. Disamping buat kenangan. hehe

Contest ni berdasarkan tandatangan kreatif. Almaklumlah tangan ni tak kreatif mana. Tapi alhamdulillah sangkut jugak nama kat consolation winner.



dan ni hadiahnya.



Alhamdulillah dah bahagi-bahagi kat adik beradik dan boleh buat stok untuk diri sendiri.

:)

Isnin, 6 Mei 2013

Resepi : Spaghetti Cheese Bolognese


Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share satu resepi yang paling mudah dibuat. Tambah-tambah buat orang yang tak pandai masak macam saya. Ops bukan xpandai. Tapi kurang pandai. hehe.

Spaghetti merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Tambah-tambah spaghettii kat Pizza Hut. Wah. Suka sangat! Okey disebabkan asyik teringat-ingat kt spaghetti so saya memaksa mama supaya teman saya pegi beli bahan-bahan nak buat spaghetti.

Satu lagi, saya tak guna pon sos prego dalam spaghettti ni. Tapi saya guna tomato sebenar. 
Lebih sihat bukan? Murah pon murah. hehe

Ok here we go.

The ingredient :



6 biji tomato
3 Packet Vono Mushroom Cheese Instant Soup
Beberapa biji Bola Ayam
Spaghetti
Lobak Merah
Sedikit Lada Hitam
Bawang
CIli


Cara-cara :

1. Rebus spaghetti. Letak minyak supaya tidak melekat.

2. Kisar bawang, tomato, cili dan masukkan air.



3. Potong dadu Lobak merah dan bebola ayam.


4. Kemudian, tumis bawang sehingga naik bau dan tuangkan bahan-bahan yang telah siap di kisar.

5. Masukkan Vono Mushroom Cheese Instant Soup, lada hitam, lobak, bebola ayam dan garam.


 Taraaa.. 


Siap sudah.. Maaflah gambar tak lawa. hehe

Fungsi Vono Mushroom Cheese Instant Soup adalah untuk bagi kuah lebih likat dan rasa mushroom. Pernah terbaca dalam blog lain ada letak Vono Mushroom Cheese Instant Soup nie. So, saja lah nak cuba-cuba. hehe. Dan bagi saya bagus jugak guna raw tomato. Lebih berkhasiat dan tiada bahan pengawet daripada kita beli yang tomato tin kan. 

Okey Selamat mencuba.

Tadaa...