10 things to say to 1 person
Dear my future husband,
1. Saya tak tahu kamu siapa tapi saya sangat berharap kamu adalah Dia yang selalu menemani saya suka dan duka, yang selalu bersama saya sakit dan sihat, yang selalu menahan telinga mendengar saya menangis dan mengadu dan juga yang selalu sahaja berdoa untuk saya.
2. Kamu seharusnya seorang yang kuat agama. Walau tak nampak pada luaran tapi iman kamu perlu kuat pada dalamannya. Kerna apa? Kerna kamu lah yang yang akan membimbing saya kejalan NurNya. Oleh itu, Bimbinglah saya untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah saya kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidup kita. Tiuplah ruh jihad ke dalam dada saya agar menjadi mujahidah kekasih Allah.
3. Kamu semestinya seorang yang kuat mental dan fizikalnya. Kerna kamu lah yang akan melindungi saya dari segala macam durjana dunia.
4. Ketahuilah bakal suamiku, saya mampu menitiskan air mata kesyukuran andai kamu mampu mengimami sembahyang berjemaah. Saya juga akan cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran
5. Bakal suamiku, kamu pasti seorang yang tegas mempertahankan maruah. Kamu tak pernah menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruah kamu sebagai seorang Islam dan kamu pastinya jujur melindung maruahku sebagai seorang perempuan.
6. Saya selalu menginginkan sebuah rumah yang dikelilingi pepohonan menghijau dan taman bunga yang indah. Agar disana menjadi tempat kita bermadu asmara diusia tua. Saya selalu mengharapkan kita bersama berusaha membina taman tersebut. Oleh itu bakal suamiku, kamu semestinya seorang yang sentiasa mendokongku dan tanpa penat lelah menolong membina taman idamanku.
7. Kamu seharusnya seorang yang suka mengambil gambar kerana saya sangat suka diambil gambar. =) kita akan bersama-sama merentasi setiap pelosok alam illahi dan menjadikan ia potret di kamar abadi. Semestinya istana beradu kita akan penuh dengan foto-foto indah kisah percintaan kita.
8. Saya mengharapkan kamu bukanlah seorang perokok kerana saya tidak suka kepada asap rokok.
9. Sayangku, ketahuilah kamu.. saya membenci kekerasan dan keganasan. Mungkin juga saya akan melakukan salah silap. tapi pintaku, bertutur dan berbicaralah dengan kasih sayangmu. Bukan ddengan kemarahanmu. Kerana itu yang melembutkan hatiku. Selalu kita dengar api bercampur api akan marak jadinya. Manakala, Api bersama air akan tenang kembali.
10. Kamu semestinya seorang yang pandai bermain muzik kan ? kerna alunannya bakal menghiburkan saya disaat duka.
:)
2 ulasan:
wauuw... xbagi woksey baca ke.. hehehe
hahaha :P
Catat Ulasan