♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Khamis, 7 Julai 2011

Resah kereta sering dipecah



TERANCAM...kenderaan yang diparkir di kawasan Mentari Court sering dijadikan sasaran pencuri.


PETALING JAYA: Penghuni di kawasan Mentari Court, di sini, resah dan bimbang apabila kenderaan yang diparkir sering menjadi sasaran pecah masuk dan kecurian sejak setahun lalu.
Penduduk mendakwa hampir setiap minggu kejadian itu berlaku menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.


Penduduk, Hasliza Abdullah, 25, berkata sejak mendiami Apartmen Mentari Court setahun lalu, sudah dua kali keretanya dipecah masuk dan mengalami kerugian hampir RM2,000.
“Sasaran mereka mencari kereta yang diletakkan di kawasan yang agak jauh dari apartmen. Mereka membuka kenderaan tanpa kedengaran bunyi penggera, namun ada juga cermin kereta dipecah kerana mereka mahu mengambil barangan berharga.


“Bulan lalu, kali kedua kereta saya dipecah masuk dan kehilangan beberapa wang tunai dan radio. Bukan itu saja, cermin kereta turut dipecahkan,” katanya.


Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk mendakwa kehadiran warga asing yang semakin padat di situ menjadi punca kes kecurian sering berlaku selain kesesakan kereta yang diparkir sepanjang jalan menyebabkan mereka sukar menyedari kehadiran pencuri.
Pekerja swasta, Amir Hamzah, 35, berharap pihak berkuasa lebih kerap menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan kerana sejak kawasan itu dihuni warga asing dari Indonesia dan Afrika, kejadian kes pecah masuk dan kecurian kenderaan kerap berlaku.


“Bukan hanya pecah masuk kenderaan di sini, namun lebih membimbangkan rumah dijadikan sasaran pencuri yang mahu melarikan beberapa barangan berharga.
“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, tetapi mengesyaki golongan ini kerana mereka sering berkeliaran di kawasan hadapan rumah terutama pada waktu malam,” katanya.


Menurutnya, walaupun menyedari terdedah kepada risiko kecurian, penduduk tiada pilihan kerana kawasan itu menjadi tempat mereka meletakkan kenderaan berikutan kekurangan parkir.

Tiada ulasan: