♥ Si Chantek dan Si Macho ♥

Jumaat, 8 Julai 2011

Rintihan Jiwa


Keliru aku pada dunia.
mengapa perlu bercerekarama
padahal kau tahu dunia ini fana

aku terus keliru
dan hidup aku terus dibelengu

ada kau tahu,
tentang rintihan jiwaku?

aku kecewa
aku terluka

kerna aku menunggu bulan jatuh keriba
aku menunggu hujan emas yang dikata2
aku menanti bintang muncul hanya untuk kita

aku terlalu banyak

membina impian
kononnya aku lah puteri idaman

tapi kini
aku sendiri
menyedari kesilapan dalam sepi..